'KEBEBASAN' ATAU TAK MAMPU MENGHALANG!!

Dunia globalisasi kini sudah mendatangkan bencana buat UMno. Tetapi atas dasar kebodohan pemimpin UMno menangani IT mereka mengeluarkan kenyataan yang melucukan dan jelas membuktikan 'kedunguan' mereka. Justeru itu adalah satu antara berbagai sebab mengapa mereka tidak relevan lagi memerintah negara.

Kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam yang dilaporkan sebagai berkata, kerajaan tidak akan menghalang parti-parti pembangkang menggunakan Internet ketika berkempen dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Sanggang, sesuatu yang melucukan.

TPM menegaskan, kerajaan mengambil sikap terbuka dan memberi kebebasan penuh kepada pihak terbabit menggunakan cara itu untuk berkempen. Persoalannya, jika benar kerajaan mengamalkan sikap terbuka dan bebas, mengapakah menyekat pengeluaran Harakah kepada 2 kali sebulan. Oleh kerana kerajaan mempunyai kuasa sekatan iaitu permit yang dikeluarkan oleh KDN di bawah penguasaan dan telunjuk Pak Lah Bedawi, maka sekatan dan pelbagai ancaman boleh dibuat.

Sebaliknya rakyat mulai berjinak dengan internet. Pelbagai pendedahan, skandal, penyelewengan dalam internet dibuat mengatasai pendedahan oleh Harakah dan DETIK tetapi kerajaan tidak mengambil tindakan apa-apa pun? Mengapa? Adakah benar kerajaan mengamalkan sikap bebas dan terbuka? Jika benar, mengapa pendedahan 'bertapis' dalam Harakah disekat, tetapi pendedahan langsung tiada tapisan dibuat di dalam internet tidak disekat?

Jawapannya sudah pasti maklum bahawa kerajaan tak mampu menyekat berita-berita internet. Kecualilah kerajaan 'undur' ke belakang dan mengharamkan saluran internet. Tapi bolehkah begitu? Sedangkan MSC masih terangkak-rangkak, internet mahu dibatalkan? Dunia sudah mula menjelankan pelbagai aktiviti ekonomi dan perdagangan harian melalui internet, kita mahu batalkan internet?

Justeru itu Pak Lah Bedawi seharusnya mempunyai perasaan malu kerana cuba memperbodohkan rakyat tetapi dalam masa yang sama beliau sedang 'menelanjangkan' dirinya, satu isyarat lucah terhadap dirinya yang sungguh memalukan!

Tidak timbul soal sikal 'adil' kerajaan dalam isu berita internet kerana sebenarnya memang kerajaan tidak akan mampu menawan globalisasi dunia dalam hal ini. Sejauhmanakah ketelusan kita akan dipersoalkan oleh negara-negara lain di dunia jika sekatan itu di pohon dari pihak tripod atau xoom.com atau geocities dan lain-lain. Dan apa yang nyata pemegang server berkenaan mengamalkan demokrasi terbuka yang keterlaluan.

Amat sedihlah Pak Lah Bedawi mengenangkan kebodohannya tentang IT sehingga kenyataan itu boleh memalukannya. Kenyataan yang sama pernah dikeluarkan oleh bekas senator Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ibrahim Ali AlKataki setahun lalu. Ibrahim pernah mengatakan laman web memerlukan perbelanjaan tinggi dan ke semua webmaster ditaja oleh kuasa asing. Kebodohan para pemimpin UMno tentang iT merupakan satu bukti bahawa mereka tidak setanding lagi atau mempunyai daya kepimpinan di alaf baru ini.